Jom kita pack Hospital Bag

Kejap je masa berlalu, teringat waktu mula-mula pregnant dulu lambatnya waktu berlalu. Tak sabar nak tunggu bila 1st Trimester nak berakhir. Dengan morning sickness dan perasaan insecure (masuk 2nd Trimester, risiko berkurang sehingga 50%). Sesiapa yang pernah mengalami miscarriage at early stage, mesti perasaan insecure ni memang menghantui setiap saat dalam perjalanan menjadi seorang ibu...:-(

Now, kejap je dah nak masuk 30weeks, time flies... Hubby pun dah keeps on reminding me to pack for Hospital Bag. Ye lah, dah masuk 3rd Trimester, apa-apa boleh berlaku. So, bersedia awal lebih baik, takut tiba-tiba emergency nanti, kene panic attack. Segala benda nanti lupa nak bawa. Kalau rumah sebelah hospital tak ape, kalau jauh, dah buang masa dan menambahkan stress. Kalau dah siap segala, bila dah tiba masanya, it's just a matter of grab and go.

Walaupun nak pack untuk 2-3 hari je, aduh..pening jugak rupanya. Saya dah buat macam-macam homework dengan mengoogle dan call kawan-kawan yang dah berpengalaman. So, first and foremost, check dengan hospital apa yang disediakan untuk pakej bersalin. Hospital kerajaan dan hospital swasta amat berbeza dengan kemudahan yang diberi. Jadi, list mungkin berbeza walaupun tak banyak. Pastu, sediakan beg-beg yang berasingan untuk ke hospital. Macam saya, saya pack 3 beg - untuk saya, untuk Little One dan satu untuk air & makanan). Walau bagaimanapun, ini adalah versi saya yang saya rasa perlu untuk diri saya. Lain orang lain caranya. Whatever it is, saya harap list ini dapat membantu ramai First Time Mommies out there too!

MOMMY'S BAG (Beg Saya)

  1. Quran & Surah to ease delivery (saya bawa Ipad & Phone je)
  2. Telekung (saya bawa tudung labuh, sarung tangan & stokin je, so time solat just pakai sarung tangan & stokin bersih) & Travel Sejadah (yang nipis tu)
  3. Bahan bacaan ringan (elakkan bawa majalah2 yang gosip dan tak berfaedah, elok bawa buku ilmiah yang ringan. Saya tak tinggal buku Sudoku kegemaran saya)
  4. Toiletries (sikat rambut, berus & ubat gigi, shampoo & conditioner, deodorant, facial cleanser, toner, cotton pad, cotton bud, lip balm, lotion, contact lense case & solution, soft perfume, hairdryer (kalau tak suka berambut basah kt bawah tudung tu) - kalau boleh bawa yang travel size dan repack ke botol kecil as you're moving there permanently ;)
  5. Pakaian (baju siang (t-shirt & seluar longgar, baju tidur, nursing bras, disposable underwear (kalau selesa pakai disposable sila bawa 3pek, saya bawa dua-dua sekali.  Ikut selesa, saya lagi suka pakai panties yang biasa pakai, stokin (saya bawa stokin magnetic dan stokin biasa (yang dapat dalam flight), sweater - kot2 tersejuk ke nanti)
  6. Penyusuan (nursing cover - saya guna shawl yang ade, nursing pad - 6 pasang, nipple cream, nipple wipe (yela, baru bersalin ni, nak pakai benda pakai buang je, senang), breast pump (yang ni kene standby kalau susu tak keluar, boleh tinggal dalam kereta je, kalau perlu baru gi ambik)
  7. Eyeglasses & case (untuk si rabun seperti saya!)
  8. Sanitary Pads (saya bawa 15pcs coz saya beli pek 30pcs yang dah siap bungkus 15pek berasingan)
  9. Seat Protector untuk kereta (kot2 air ketuban or darah melimpah ke)
  10. Kain Batik - 2 helai
  11. Hairband & clip (kalau berambut panjang la, saya memang perlu benda2 ni)
  12. Pen & Notepad (mesti nak tulis detik2 terakhir perjalanan sebelum melahirkan...)
  13. Handphone & charger
  14. Bantal kegemeran & extra sarung bantal untuk bantal hospital (tidur dengan bantal sendiri lagi selesa kan, bunyi mcm troublesome tapi ni penting untuk saya...hehe...)
  15. Disposable Slippers (ni saya dapat dari hotel - untuk berjalan dalam bilik, at least stokin tak kotor kan...)
  16. Selipar Tandas (harus... dah biasa pakai selipar dalam toilet)
  17. Camera & charger (plus an extra battery if you have one, banyak tu nk snap gambar)
  18. Pakaian Balik Rumah (saya tak nak pakai kain batik dan t-shirt keluar hospital...huhu... Saya prefer skirt labuh dan kemeja berbutang kat depan)
  19. Tuala (x payah bawa yang tebal-tebal ye..)
  20. Underwear & maternity bras (no underwire)
  21. Ointment & Mini First Aid (vicks, minyak cap kapak, massage oil & actifast)
  22. Make Up (bawak yang basic je, tu pun kalau ade mood la...haha..)

FOR BABY

  1. Baby Carrier/Car Seat
  2. Baju Untuk Pulang & Topi (saya bawa 2pcs Onesie dan Zipper Swaddle)
  3. Blanket/Swaddle x 1 helai
  4. Kain Lampin x 2 helai (untuk lap-lap dan apa2 keperluaan luar dugaan...)
  5. Newborn Diapers x 6 keping (just in case)
  6. Baby Wipes & Cotton Balls (just in case)


FOOD BASKET

  1. Air zam-zam
  2. Air selusuh
  3. Tanamera Virgin Coconut Oil (untuk sapuan kat perineum area & minum)
  4. Kekacang - Badam, Pistachios, Kurma, Kismis, Tin
  5. Biskut Hup Seng Cream Crackers & Roti
  6. Milo 3-in-1 + Nescafe 3-in-1 & Madu
  7. Mug
  8. Termos
  9. Sudu, Garpu, Sudu Kecil
  10. Pinggan

No comments:

Post a Comment